Isnin, 30 Januari 2012

PENGURUSAN HARTA PUSAKA

En Karim menemui kami dengan sekeping surat bertarikh tahun 1966. Ia adalah surat daripada Pejabat Tanah kepada moyangnya mengenai kematian ibu moyangnya. Bersama surat itu ialah beberapa dokumen mengenai kebun getah dan dua salinan geran.

Tujuan dia datang menemui kami adalah untuk merungkai misteri di sebalik semua dokumen tersebut yang telah diserahkan oleh adik ipar bapanya. Bapa saudaranya itu sedang sakit . Innalillahiwainnailaihirajiun....bapa saudaranya itu telah meninggal dunia kelmarin.

Setelah meneliti surat-surat itu, kami menemui 4 keping tanah . 2 keping tanah kepunyaan datuk en Karim dan 2 keping lagi tidak diketahui kepunyaan siapa tetapi mungkin ada kaitan dengan moyangnya.

Akhirnya 2 keping tanah itu telah diuruskan untuk dimasukkan nama ayah en Karim dan masih menunggu tarikh perbicaraan .Urusan ini hanya memakan masa lebihkurang sebulan kerana en Karim menjadi wakil keluarga yang komited. Adik beradik ayahnya pula tidak mempunyai sebarang masalah dan memberikan kerjasama yang amat baik.

Manakala malangnya 2 keping tanah lagi yang seluas 9 ekar telah diserahkan secara tidak sah kepada orang lain.

Walaupun moyang en Karim telah meninggal dunia pada tahun 1950an, (hanya baru diketahui baru-baru ini) tarikh pindahmilik harta tanah tersebut baru dilakukan pada tahun 2004 yang mana menunjukkan moyangnya menandatangani borang pindah milik. Ini bermaksud ada orang yang telah menyamar sebagai moyang en Karim. Tandatangan itu pula telah dilakukan di Negara lain dengan disaksikan oleh Wakil Kerajaan Malaysia.

Tindakan tidak dapat dilakukan kerana setakat hari ini tidak ada 2 saksi yang boleh membuktikan moyang en Karim telah meninggal dunia pada tahun 1950an. Selain itu kubur
moyangnya belum ditemui.

Moral of the story, inilah kesan ketiadaan wasiat. Banyak pula harta tanah orang Islam tidak
dipindahmilik kepada pemilik seterusnya apabila berlaku kematian . Nama yang berlapis-lapis dan pemilik ramai dalam satu geran menyukarkan urusan pindah milik. Oleh itu nasihat kami, uruskan hartanah anda sekarang. Kematian tidak dapat ditentukan. Bila-bila masa boleh mendatangi kita apabila sampai masanya.

Rabu, 4 Januari 2012

Apakah Wasiat

SABDA RASULULLAH S.A.W
"Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat"
(Riwayat IBNU Majah)


FENOMENA RAKYAT MALAYSIA YANG MASIH ANDA TIDAK TAHU!

Tahukah ada?

1. RM48 billion harta dan tanah tidak dapat dicairkan disebabkan kematian
2. RM 1.5 billion wang tidak dituntut
3. RM 70 juta masih di dalam simpanan KWSP
4. 1 juta status tanah masih tidak dipindah milik.


PUNCANYA?
Semuanya disebabkan kegagalan wasi yang tidak mebuat sebarang tindakan dengan menyiapkan wasiat kepada pewaris hartanya, JUGA tiada tindaan susulan selepas kematian Wasi.

APAKAH WASIAT?
1. Bererti ikrar yangdilakukan oleh seseorang pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk maksud kebajjikan selepas mati.
2. Surat Perlantikan Wasi untuk kemudahan proses tuntutan dan pentadbiran harta pusaka.