Geran Tanah adalah satu dokumen yang amat penting.Apa yang saya perhatikan, kebanyakan daripada orang-orang tua menyimpan geran tanah dengan cara yang tidak betul dan tidak selamat. Tidak betul kerana geran tanah yang lama berukuran agak besar daripada saiz A4 dan biasanya digulung atau dilipat. Keadaan ini akan meroasakkan keadaan geran dan boleh menjadikannya musnah apabila terlalu lama disimpan. Tidak selamat bermakna ianya boleh dimakan anai-anai atau bubuk kerana disimpan di tempat yang tidak sepatutnya.
Dalam mengendalikan kes pembahagian harta pusaka, saya ada menghadapi keadaan dimana geran tanah hilang dan tidak dapat dikesan. Melalui salinan geran yang diperolehi di Pejabat Tanah jelas bahawa geran berkenaan dimiliki noleh ramai pemilik . Oleh itu tidak dapat dipastikan kali akhir dimana geran itu berada.
Geran baru boleh dibuat di Pejabat Tanah dengan beberapa prosidur tertentu. Ianya memakan masa
2 minggu hingga sebulan dan bayaran sebanyak RM420.
Sila hubungi saya untuk mendapatkan geran baru sekiranya geran lama telah hilang. Insyaallah ia boleh diushakan dengan syarat semua pemilik yang tersenarai di dalam geran memberikan kerjasama.