Apabila menulis wasiat diajukan kepada kita, yang tergambar di fikiran kita ialah kematian. Kita selalu menyangka yang kita akan hidup dalam tempoh masa yang lebih lama lagi. Kita tidak pernah menyangka bahawa bila-bila masa saja kematian akan terjadi, kerana ia telah ditetapkan dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita merasakan menulis wasiat tidak memberi sebarang makna yang penting dalam kehidupan.Namun, apa yang pasti ialah apabila berlaku kematian yang tiba-tiba, mereka yang ditinggalkan seperti isteri/suami, anak-anak, ibu bapa serta saudara lelaki dan perempuan akan menerima kesan mendalam. Kehidupan mereka selepas itu pasti berubah dengan mendadak. Mengapa dikatakan demikian? Banyak pengurusan harta akan dilakukan. Oleh siapa? Bagaimana? Di mana? dan persoalan ini akan terus menjadi panjang sekiranya tiada komitmen waris terdekat.
1. Siapa yang akan uruskan pengeluaran/kecairan KWSP, ASB/ASN, saham-saham lain, Tabung Haji, pelaburan dan lain-lain.
2.Siapa akan uruskan pembayaran hutang si mati? Adakah hutang-hutang telah disenaraikan?
3. Bagaimana dengan harta-harta si mati yang lain? Tanah, rumah, kilang? Bangunan pejabat, kedai dan lain-lain. Di mana disimpan semua geran, dokumen hak milik?
4. Bagaimana isteri/ suami dan anak-anak akan meneruskan kehidupan? Sumber Kewangan?
5. Bilakah atau berapa lama masa diambil untuk uruskan semua no (1) hingga (3)?
Ada beberapa kes kematian, penyelesaian harta pusaka mengambil masa 6-10 tahun. Ini adalah tempoh masa yang tidak masuk akal.
Oleh yang demikian, kami di As-Salihin dapat membantu anda mempercepatkan proses penyelesaian harta pusaka kurang daripada satu tahun sahaja. InsyaAllah.
Kami mencadangkan pakej penulisan wasiat mengikut Islam yang amat fleksibel dan meyakinkan. Ramai pelanggan korporat mempercayai kami. Anda bila lagi?
Sila hubungi kami di talian : 019-2467067(Abdull Rahim) untuk temujanji.
Jangan jadikan keluarga anda mangsa kehidupan akibat kecuaian anda dalam pengurusan harta.

