Rabu, 26 September 2012

BILA GERAN TANAH HILANG

Geran Tanah adalah satu dokumen yang amat penting.Apa yang saya perhatikan, kebanyakan daripada orang-orang tua menyimpan geran tanah dengan cara yang tidak betul dan tidak selamat. Tidak betul kerana geran tanah yang lama berukuran agak besar daripada saiz A4 dan biasanya digulung atau dilipat. Keadaan ini akan meroasakkan keadaan geran dan boleh menjadikannya musnah apabila terlalu lama disimpan. Tidak selamat bermakna ianya boleh dimakan anai-anai atau bubuk kerana disimpan di tempat yang tidak sepatutnya.

Dalam mengendalikan kes pembahagian harta pusaka, saya ada menghadapi keadaan dimana geran tanah hilang dan tidak dapat dikesan. Melalui salinan geran yang diperolehi di Pejabat Tanah jelas bahawa geran berkenaan dimiliki noleh ramai pemilik . Oleh itu tidak dapat dipastikan kali akhir dimana geran itu berada.

Geran baru boleh dibuat di Pejabat Tanah dengan beberapa prosidur tertentu. Ianya memakan masa
2 minggu hingga sebulan dan bayaran sebanyak RM420.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan  geran baru sekiranya geran lama telah hilang. Insyaallah ia boleh diushakan dengan syarat semua pemilik yang tersenarai di dalam geran memberikan kerjasama.

Rabu, 27 Jun 2012

KEPENTINGAN PENULISAN WASIAT

Apabila menulis wasiat diajukan kepada kita, yang tergambar di fikiran kita ialah kematian. Kita selalu menyangka yang kita akan hidup dalam tempoh masa yang lebih lama lagi. Kita tidak pernah menyangka bahawa bila-bila masa saja kematian akan terjadi, kerana ia telah ditetapkan dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita merasakan menulis wasiat tidak memberi sebarang makna yang penting dalam kehidupan.

      Namun, apa yang pasti ialah apabila berlaku kematian yang tiba-tiba, mereka yang ditinggalkan seperti isteri/suami, anak-anak, ibu bapa serta saudara lelaki dan perempuan akan menerima kesan mendalam. Kehidupan mereka selepas  itu pasti berubah dengan mendadak. Mengapa dikatakan demikian? Banyak pengurusan harta akan dilakukan. Oleh siapa? Bagaimana? Di mana? dan persoalan ini akan terus menjadi panjang sekiranya tiada komitmen waris terdekat.

1. Siapa yang akan uruskan pengeluaran/kecairan KWSP, ASB/ASN, saham-saham lain, Tabung Haji, pelaburan dan lain-lain.

2.Siapa akan uruskan pembayaran hutang si mati? Adakah hutang-hutang telah disenaraikan?

3. Bagaimana dengan harta-harta si mati yang lain? Tanah, rumah, kilang? Bangunan pejabat, kedai dan lain-lain. Di mana disimpan semua geran, dokumen hak milik?

4. Bagaimana isteri/ suami dan anak-anak akan meneruskan kehidupan? Sumber Kewangan?

5. Bilakah atau berapa lama masa diambil untuk uruskan semua no (1) hingga (3)?

Ada beberapa kes kematian, penyelesaian harta pusaka mengambil masa 6-10 tahun. Ini adalah tempoh masa yang tidak masuk akal.

        Oleh yang demikian, kami di As-Salihin dapat membantu anda mempercepatkan proses penyelesaian harta pusaka kurang daripada satu tahun sahaja. InsyaAllah.

         Kami mencadangkan pakej penulisan wasiat mengikut Islam yang amat fleksibel dan meyakinkan. Ramai pelanggan korporat mempercayai kami. Anda bila lagi?

         Sila hubungi kami di talian : 019-2467067(Abdull Rahim) untuk temujanji.

         Jangan jadikan keluarga anda mangsa kehidupan akibat kecuaian anda dalam pengurusan harta.


Isnin, 25 Jun 2012

GERAN TANAH

Geran Tanah adalah satu dokumen yang amat penting. Ia mengandungi nama pemilik dan maklumat penting mengenai tanah. Umumnya, terdapat 2 jenis hak milik iaitu hak milik kekal dan hak milik sementara. Hak milik kekal adalah pemilikan selama-lamanya. Manakala hak milik sementara adalah pajakan 99 tahun. Tanah ini tidak boleh di pindah milik kecuali dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri bagi Tanah Simpanan Malaya. Ia boleh dipindah milik kepada bangsa Melayu sahaja.

     Dalam geran tanah dicatitkan di mana lokasi tanah iaitu di negeri, daerah, mukim dan tempat serta no PT. Dinyatakan juga, luas tanah dalam hektar/ekar dan kategori penggunaan tanah.

     Di halaman kedua geran dicatitkan Rekod Ketuanpunyaan iaitu nama-nama pemilik. Jika pemilik bersama ramai, semua nama pemilik akan disenaraikan.

      Selain itu, dinyatakan juga jumlah cukai tanah yang perlu dibayar. Disertakan bersama sebagai helai tambahan ialah peta lakaran tanah atau dinyatakan sebagai Pelan Tanah. Pelan ini ditandatangani oleh Pentadbir Tanah kawasan berkenaan.

       Geran Tanah amatlah penting terutamanya apabila ia melibatkan kematian salah seorang pemilik atau lain-lain sebab yag melibatkan tanah tersebut.

WASIAT HARTA


"Allah mensyariatkan (mewajibkan) kepadamu tentang (pembahagian warisan untuk) anak-anakmu, (iaitu) bagian seorang anak laki-laki sama dengan bahagian 2 orang anak perempuan. Dan jika anak itu semuanya perempuan yang jumlahnya lebih dari dua, maka bahagian mereka dua pertiga(2/3) dari harta yang ditinggalkan. Jika dia (anak perempuan) itu seorang sahaja, maka dia memperoleh setengah (harta yang ditinggalkan). Dan untuk kedua ibu bapa, bahagian masing-masing seperenam(1/6) dari harta yang ditinggalkan, jika dia (yang meninggal) mempunyai anak. Jika dia (yang meninggal) tidak mempunyai anak dan dia diwarisi oleh kedua ibu bapanya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga(1/3). Jika dia (yang meninggal) mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat seperenam(1/6). (pembahagian tersebut, di atas) setelah (dipenuhi) wasiat yang dibuatnya atau (dan setelah dibayar) hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih banyak manfaatmu bagimu. Ini adalah ketetapan Allah. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana."
                                                                                                             
                                                                                                                  An-Nisa' ayat 11



                                             


PEMBAHAGIAN HARTA

" Bagi laki-laki, ada bahagian dari harta peninggalan kedua orang tua dan kerabatnya. Dan bagi perempuan, ada hak bahagian (pula) dari harta peninggalan kedua orang tua dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan."
                                                                                                       An-Nisa' ayat 7

Isnin, 30 Januari 2012

PENGURUSAN HARTA PUSAKA

En Karim menemui kami dengan sekeping surat bertarikh tahun 1966. Ia adalah surat daripada Pejabat Tanah kepada moyangnya mengenai kematian ibu moyangnya. Bersama surat itu ialah beberapa dokumen mengenai kebun getah dan dua salinan geran.

Tujuan dia datang menemui kami adalah untuk merungkai misteri di sebalik semua dokumen tersebut yang telah diserahkan oleh adik ipar bapanya. Bapa saudaranya itu sedang sakit . Innalillahiwainnailaihirajiun....bapa saudaranya itu telah meninggal dunia kelmarin.

Setelah meneliti surat-surat itu, kami menemui 4 keping tanah . 2 keping tanah kepunyaan datuk en Karim dan 2 keping lagi tidak diketahui kepunyaan siapa tetapi mungkin ada kaitan dengan moyangnya.

Akhirnya 2 keping tanah itu telah diuruskan untuk dimasukkan nama ayah en Karim dan masih menunggu tarikh perbicaraan .Urusan ini hanya memakan masa lebihkurang sebulan kerana en Karim menjadi wakil keluarga yang komited. Adik beradik ayahnya pula tidak mempunyai sebarang masalah dan memberikan kerjasama yang amat baik.

Manakala malangnya 2 keping tanah lagi yang seluas 9 ekar telah diserahkan secara tidak sah kepada orang lain.

Walaupun moyang en Karim telah meninggal dunia pada tahun 1950an, (hanya baru diketahui baru-baru ini) tarikh pindahmilik harta tanah tersebut baru dilakukan pada tahun 2004 yang mana menunjukkan moyangnya menandatangani borang pindah milik. Ini bermaksud ada orang yang telah menyamar sebagai moyang en Karim. Tandatangan itu pula telah dilakukan di Negara lain dengan disaksikan oleh Wakil Kerajaan Malaysia.

Tindakan tidak dapat dilakukan kerana setakat hari ini tidak ada 2 saksi yang boleh membuktikan moyang en Karim telah meninggal dunia pada tahun 1950an. Selain itu kubur
moyangnya belum ditemui.

Moral of the story, inilah kesan ketiadaan wasiat. Banyak pula harta tanah orang Islam tidak
dipindahmilik kepada pemilik seterusnya apabila berlaku kematian . Nama yang berlapis-lapis dan pemilik ramai dalam satu geran menyukarkan urusan pindah milik. Oleh itu nasihat kami, uruskan hartanah anda sekarang. Kematian tidak dapat ditentukan. Bila-bila masa boleh mendatangi kita apabila sampai masanya.

Rabu, 4 Januari 2012

Apakah Wasiat

SABDA RASULULLAH S.A.W
"Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat"
(Riwayat IBNU Majah)


FENOMENA RAKYAT MALAYSIA YANG MASIH ANDA TIDAK TAHU!

Tahukah ada?

1. RM48 billion harta dan tanah tidak dapat dicairkan disebabkan kematian
2. RM 1.5 billion wang tidak dituntut
3. RM 70 juta masih di dalam simpanan KWSP
4. 1 juta status tanah masih tidak dipindah milik.


PUNCANYA?
Semuanya disebabkan kegagalan wasi yang tidak mebuat sebarang tindakan dengan menyiapkan wasiat kepada pewaris hartanya, JUGA tiada tindaan susulan selepas kematian Wasi.

APAKAH WASIAT?
1. Bererti ikrar yangdilakukan oleh seseorang pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk maksud kebajjikan selepas mati.
2. Surat Perlantikan Wasi untuk kemudahan proses tuntutan dan pentadbiran harta pusaka.