Jumaat, 23 Disember 2011

SISTEM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ISLAM


1. Menyelesaikan perbelanjaan pengkebumian
2.Menyelesaikan hutang-hutang (dunia dan akhirat)

  • Hutang perlu bertulis agar waris tahu hutang-hutang simati
  • Hutang dunia ( wang ringgit) dan hutang akhirat ( haji, zakat)
3.Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian

  • Perkahwinan poligami
  • Perceraian
  • Kematian
4.Melaksanakan wasiat

  • Hanya 1/3 daripada harta boleh diwasiatkan kepada bukan waris seperti anak angkat,
kawan, cucu, anak saudara dan lain-lain

5.Membahagikan harta yang tinggal mengikut faraid




PROSES PENGURUSAN HARTA PUSAKA

Bila seseorang meninggal dunia, asetnya akan dibekukan.. Bagaimanakah untuk mencairkan
aset yang beku?

1. Tanpa wasiat (Kurang dari RM2 juta)

1.1 Dapatkan surat kuasa mentadbir daripada Pentadbir Tanah daerah.

1.2 Sebelum itu senaraikan semua jenis harta yang ada seperti, tanah, rumah, saham, insuran,
barangan berharga dan lain-lain

1.3 Semua waris perlu mengisi borang persetujuan untuk melantik pentadbir harta

1.4 Perbicaraan akan dilakukan menetapkan wakil kuasa mentadbir

1.5 Pengeluaran sijil faraid

1.6 Pengagihan harta mengikut faraid

Proses ini memakan masa sehingga 5 tahun atau lebih

Dengan Wasiat (Perancangan Harta Islam)

1. Probet

2. Perbicaraan pengagihan harta di mahkamah tinggi

Proses ini memakan masa hanya kurang dari 18 bulan atau lebih kurang dari itu.
Proses ini menjimatkan masa dan memudahkan waris mendapat penyelesaian harta pusaka..





Khamis, 22 Disember 2011

PERANCANGAN HARTA PUSAKA ISLAM

Kosmo 1 april 2010 melaporkan:

Selepas menghantar ibu mereka yang uzur ke pusat jagaan orang tua dua tahun lalu, tiga beradik derhaka itu langsung tidak pernah menjenguknya lagi. Pelbagai alasan diberi, tetapi sebaik wanita malang itu meninggal baru-baru ini, mereka muncul ketika orang ramai sedang menguruskan jenazah, semata-mata untuk menuntut harta.

Walaupun anak-anak itu dikatakan derhaka, mereka masih layak menuntut harta ibunya kerana merupakan waris utama yang mana mendinding pihak lain daripada mendapat bahagian sekiranya mereka anak lelaki.

Namun apakah yang bakal mereka hadapi untuk menuntut harta tersebut?

1. Mereka menghadapi masalah untuk mengumpul maklumat semua harta-harta yang dimiliki oleh ibu mereka. Contohnya dimana geran tanah dan apakah bentuk harta yang ditinggalkan?
2. Disebabkan ibu mereka telah mati, mereka perlu melantik pentadbir untuk memindah milik harta-harta itu .
3. Berapa lamakah yang akan diambil mereka untuk menguruskan harta-harta itu?
4. Sekiranya mereka anak perempuan, sudah tentu nenek dan datuk serta bapa dan ibu saudara mereka juga layak memiliki harta itu .

Bayangkan kekalutan yang mereka hadapi untuk mendapatkan persetujuan saudara mara dalam memindah milik harta itu ke atas nama mereka.

Sudah pasti 5 atau 6 tahun belum tentu selesai..... kerana tiada perancangan harta pusaka!

Oleh itu, Perancangan harta Pusaka Islam disediakan sebagai satu cara Pengurusan Harta Pusaka secara teratur dan sah menurut Undang-undang dan Hukum Syara' yang dilakukan sebelum seseorang itu meninggal dunia.

Kenapa perlu Perancangan Harta Pusaka?

1. Mengelakkan masalah mengumpul Harta Pusaka yang terlibat
2. Memastikan harta dibahagi kepada orang tersayang seperti anak dan isteri
3.Mengelakkan pertelingkahan diantara ahli keluarga
4. Melengkapkan Perancangan kewangan seseorang

Terdapat Beberapa Jenis Perancangan harta Pusaka Yang dibenarkan Dalam Islam seperti:

1.Wasiat
2.Hibah
3.Sedekah
4.Wakaf
5.Aamanah
6.Harta Sepencarian

Kami adalah sebuah syarikat Megatech Auto Sdn Bhd yang ditubuhkan pada tahun 2007. Melalui syarikat ini kami berdaftar dengan syarikat Amanah terkenal iaitu As Salihin Trustee Berhad sebagai agent berdaftar. Kami mengalu-alukan mereka yang ingin menyediakan Perancangan harta Pusaka mereka. Disamping itu juga kami menyediakan perkhidmatan Penyelesaian harta Pusaka .

Perkhidmatan Penyelesaian Harta Pusaka adalah berkaitan dengan perkara berikut:-

1. Mendapatkan Surat Kuasa daripada Pentadbir Tanah daerah
2. Memasukkan nama waris di dalam geran
3.Proses Jual beli Harta
4.Pembahagian harta Pusaka Kecil


As Salihin Trustee Berhad adalah sebuah syarikat amanah dibentuk di bawah akta Syarikat 1965 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949.

Ditubuhkan untuk memenuhi keperluan Umat Islam bagi Memelihara, Melindungi dan Mengagih harta berkaitan perancangan harta yang berdasarkan prinsip Syari'ah.

Pengerusi - Tun dato' Dr. Haji Mohamed Salleh Abas
Ketua Hakim Negara 1984 -1988

Ahli Lembaga Pengarah

1. Tun Dato .Dr Haji Mohamed Salleh Abas - Lord President 1984-1988
2.Tunku Dato' Dr Hajjah Sofiah Jewa - Founder Of Yayasan Tun Suffian
3. Dato' Dr Ashar Bin Abdullah - Obstetrics & Gynaecology Specialist
4. Puan Fatimah Binti Mahmood - Chartered Secretary
5. Encik Abdul Aziz Peru Mohamed - Former Senior GM Maybank Berhad

Ahli Lembaga Penasihat Syariah

1. Tun Dato Dr. Haji Mohamed Salleh Abas
2. S.S Dato' Setia Haji Mohd Tamyes bin Abd Wahid
3.Prof Dato Paduka Dr. Mahmood Zuhdi bin Hj Abdul Majid
4. Prof Madya Dr Siti Mashitoh binti Mahamood
5. Prof Salleh bin Buang
6. Dr. Hj Mohd Na'im Bin Hj Mokhtar

Perkhidmatan Yang Ditawarkan adalah:

1. Deklarasi Harta Sepencarian
2.Wasiat

  • Perkhidmatan penulisan Wasiat
  • Simpanan Wasiat
  • Terjemahan Wasiat
  • Perlantikan Wasi
  • Perkhidmatan Simpanan Dokumen
  • Penjagaan
3.Pentadbiran harta Pusaka
4. Hibah
5. Pemegang Amanah

  • Amanah hayat
  • Amanah Saraan hidup
  • Amanah insurans
  • Amanah pendidikan
  • Amanah persaraan Emas
6. Wakaf
7. Deklarasi hibah
8. Pri Niaga


Hubungi kami segera. Daftar dengan kami segera sebagai agent untuk mendapat pendapatan sampingan atau tetap.