Jumaat, 23 Disember 2011

PROSES PENGURUSAN HARTA PUSAKA

Bila seseorang meninggal dunia, asetnya akan dibekukan.. Bagaimanakah untuk mencairkan
aset yang beku?

1. Tanpa wasiat (Kurang dari RM2 juta)

1.1 Dapatkan surat kuasa mentadbir daripada Pentadbir Tanah daerah.

1.2 Sebelum itu senaraikan semua jenis harta yang ada seperti, tanah, rumah, saham, insuran,
barangan berharga dan lain-lain

1.3 Semua waris perlu mengisi borang persetujuan untuk melantik pentadbir harta

1.4 Perbicaraan akan dilakukan menetapkan wakil kuasa mentadbir

1.5 Pengeluaran sijil faraid

1.6 Pengagihan harta mengikut faraid

Proses ini memakan masa sehingga 5 tahun atau lebih

Dengan Wasiat (Perancangan Harta Islam)

1. Probet

2. Perbicaraan pengagihan harta di mahkamah tinggi

Proses ini memakan masa hanya kurang dari 18 bulan atau lebih kurang dari itu.
Proses ini menjimatkan masa dan memudahkan waris mendapat penyelesaian harta pusaka..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan