Geran Tanah adalah satu dokumen yang amat penting. Ia mengandungi nama pemilik dan maklumat penting mengenai tanah. Umumnya, terdapat 2 jenis hak milik iaitu hak milik kekal dan hak milik sementara. Hak milik kekal adalah pemilikan selama-lamanya. Manakala hak milik sementara adalah pajakan 99 tahun. Tanah ini tidak boleh di pindah milik kecuali dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri bagi Tanah Simpanan Malaya. Ia boleh dipindah milik kepada bangsa Melayu sahaja.Dalam geran tanah dicatitkan di mana lokasi tanah iaitu di negeri, daerah, mukim dan tempat serta no PT. Dinyatakan juga, luas tanah dalam hektar/ekar dan kategori penggunaan tanah.
Di halaman kedua geran dicatitkan Rekod Ketuanpunyaan iaitu nama-nama pemilik. Jika pemilik bersama ramai, semua nama pemilik akan disenaraikan.
Selain itu, dinyatakan juga jumlah cukai tanah yang perlu dibayar. Disertakan bersama sebagai helai tambahan ialah peta lakaran tanah atau dinyatakan sebagai Pelan Tanah. Pelan ini ditandatangani oleh Pentadbir Tanah kawasan berkenaan.
Geran Tanah amatlah penting terutamanya apabila ia melibatkan kematian salah seorang pemilik atau lain-lain sebab yag melibatkan tanah tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan